top of page
1.jpg

Gambar Lama

Sempat hidup zaman gambar-gambar yang amik guna kamera semua kena cuci dulu dari negative film yang bergulung tu, Baru nampak warna dan gambarnya. Orang kampung panggil kodak. 
​
Zaman orang pakai telefon bimbit besar baling anjing mati tu aku ada tapi ingat-ingat lupa, yang aku ingat zaman nokia 3310. Waktu tu dah kira canggih, siap ada game ulat & game roket yang aku berebut nak main dengan adik-adik. haha
​
Zaman ni mak aku pernah cerita, kat ofis dia pernah datang set komputer untuk staf gunakan. Nak ganti dengan typewriter tapi semua tak reti nak guna. Nak tekan apa-apa atas keyboard, nak gerakkan mouse pon takut. 
​
Mak aku pernah kerja Telekom Malaysia. Ayah pula kerja Lembaga Letrik Negara (LLN) sampai la ditukar pada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Waktu aku sekolah rendah lagi mak berenti kerja sebab nak fokus jaga anak. Ayah laa kerja sampai pencen nak besarkan kami semua.
 
Nanti kalo ada masa aku cari dan scan balik gambar lama dengan mak ayah dan adik-adik tu, skali dengan gambar saudara, pengasuh, kawan-kawan tadika, sekolah rendah dll.
​
Kategori memori 90-an ni aku hadkan dari aku lahir hingga aku pindah dari Sek Ren Keb Meru & Sek Ren Agama Meru ke SRI Hira' Batu Belah tahun 1999.
​
nanti2 la update....

Orang bijak tidak berharap dapat menemukan kehidupan yang berharga. Mereka membuat kehidupannya berharga.

PHOTO-2018-08-19-11-22-03.jpg

Alma Mater

Masa aku darjah dua mak tanya nak tak tukar sekolah. Masa ni nak tahu pasal sekolah Hira' ni dari kawan dia yang sama-sama kerja kat Telekom.
​
Mak cakap kalau nak masuk sekolah ni ada exam kena jawab. Nanti kena ponteng sekolah sehari untuk jawab exam ni. Aku pon bagitau la nak amik exam tu, dapat tak dapat lain kira. Mak offer kat Omar & Osman jugak tapi diorang taknak sebab tak boleh pisah dengan member sekolah diorang. hehe
​
So aku pon amik la exam tu yang tak pernah dalam hidup jawab exam setebal tu. Dalam kertas soalan tu ada pasal bahasa Melayu Inggeris Arab, Matematik, Sains dll. Lepas habis jawab exam kena semak bacaan iqra' atau Quran pulak. fuhh
​
Mujur laa lepas habis jawab exam semua tu, mak ayah ajak makan kat kedai roda-roda area Batu Belah. Sampai sekarang ingat pasal kejadian haritu walaupon masa tu baru darjah dua nak masuk tiga. haha
​
4 tahun di Sekolah Rendah Islam Hira' Batu Belah. (2000-2003)
​
Lepas tu 7 tahun di Sekolah Menengah Islam Hira' & Maahad Tahfiz al-Quran Hira' di Jeram. (2004-2010)
​
4 + 7 tahun. Memang macam-macam laa pengalaman sepanjang kt Hira' ni.
​
Kategori memori Hira' ni aku hadkan dari aku masuk SRI Hira' kat Batu Belah tahun 2000 (darjah tiga) hingga aku habis SPM di Sek Men Islam Hira' Jeram 2010.
​
nanti2 la update....

Kesalahan pertama adalah pengalaman.

Kesalahan yang sama adalah pilihan.

IMG_8685.JPEG

Menara Gading

Habis SPM, aku lepak jap beberapa bulan di Sekolah al-Hidayah Ipoh, Perak. 

Masuk sekali kelas dan belajar dengan kawan-kawan yang amik STAM, tapi tak daftar pon nak amik exam dia.

Lepas tak dapat apa-apa tawaran dari UPU, entah dari mana aku dapat info pasal KUIS. Terus daftar diploma kat situ.
3 tahun Diploma Syariah & Perundangan Islam dan lepas tamat terus sambung 3 tahun lagi Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-undang.

Habis Sarjana Muda, terus sambung Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman & Guaman Islam di UKM dalam tempoh masa 1 tahun lebih.

Kategori memori IPT ni aku hadkan dari aku masuk KUIS tahun 2011 ambil Diploma hingga tamat Sarjana Muda. Kemudian sambung Diploma Lanjutan di UKM dan grad pada tahun 2019.

Ada niat nak sambung ke peringkat Sarjana. Mudah-mudahan insya'allah..

nanti2 la update....

Jangan jadikan diri sebagai tawanan masa lalu. Yang berlalu itu hanyalah pengalaman & pengajaran. Bukannya hukuman seumur hidup.

IMG_8979.JPG

Andalusia Travel & Tours

Tahun 2014 bulan Februari (Kursus Intensif Pembimbing Agama/Mutawwif di Wisma Andalusia Travel & Tours). Seminggu lepas tu terus dapat tarikh penerbangan bawa jemaah umrah.
​
Tahun 2015 (Majlis Ijtimak Mutawwif kali ke-3 di Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik, Pahang)
​
Tahun 2016  (Sijil Profesional Mutawif dan Pembimbig Ziarah Islam di Universiti Sains Islam Malaysia)
​
Tahun 2017 (Ijtimak Mutawwif Andalusia ke-5 2017 di Asia Camp, Kuala Kubu Baru)
​
Pernah join Muzakarah Tabung Haji. Salah seorang peserta dari Andalusia Travel & Tours.
​
Pernah join program Cruise Andalusia. Dari Singapura ke Penang hingga ke Langkawi dan patah balik semula ke Singapura.
​
Tahun 2019 bulan Februari (setakat ini, ini trip akhir bawak group Fa Izin Travel) sebelum dapat kerja di JAKESS. 
​
Insya'allah jika Allah izinkan akan ke Haramain lagi bawa tetamu-tetamuNya. Aminn
​
Kategori memori sebagai Mutawwif ni aku hadkan dari masuk sebagai Mutawwif di Andalusia Travel & Tours pada tahun 2014 hinggalah aku dapat kerja di JAKESS pada bulan April tahun 2019. 
​
nanti2 la update....

Orang bijak tidak berharap dapat menemukan kehidupan yang berharga. Mereka membuat kehidupannya berharga.

20190929_145049_edited.jpg

JAKESS

Lapor diri 1 April 2019 di SUK Selangor sebelum ke JAKESS.
​
Berpeluang ke Langkawi join lawatan EKSA di sana.
​
Berpeluang join program lawatan ke Majlis Agama Satun & Songkhla serta Kedutaan Malaysia di Thailand anjuran KPKJ, JAKESS.
​
Kategori memori di Mahkamah Syariah ni aku hadkan dari tarikh aku masuk kerja JAKESS la. Bulan April 2019 sampai la sekarang.
 
Tapi aku pernah praktikal di Mahkamah Rendah Syariah Klang tahun 2014. Lepas tu pernah praktikal di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat tahun 2018. So dah bertaaruf lama laa dengan JAKESS ni.. huhu
 
Nanti2 la update. sebab baru lagi masuk sini..

Orang bijak tidak berharap dapat menemukan kehidupan yang berharga. Mereka membuat kehidupannya berharga.

Fields of Gold

HIJRAH

Allah adalah sebaik-baik perancang..

Orang bijak tidak berharap dapat menemukan kehidupan yang berharga. Mereka membuat kehidupannya berharga.

bottom of page