
Masa ni tidur kat kebun semata-mata nak shoting video ni. Akhirnya hard discyang simpan segala raw file masa shooting hilang. Habis begitu saja. haha
Masa ni tidur kat kebun semata-mata nak shoting video ni. Akhirnya hard discyang simpan segala raw file masa shooting hilang. Habis begitu saja. haha

Semasa melakar kehidupan anda, jangan biarkan orang lain yang memegang pen

GAMBAR RAYA KAMI
1994
Mula-mula ingat gambar raya tahun 1993. Tapi tarikh raya 25 Mac 1993. Osman tak lahir lagi.
​
So ini raya 14 Mac 1994. Gambar di rumah lama TokYa kat Kg Jawa. Rumah kayu bertangga.
​
Masa ni aku 3 tahun, Omar 2 tahun. Osman dalam 4 bulan umur dia.
​
Dalam gambar: Papa dukung Omar, PakUda dukung Shafirul, Wan Ami dukung Osman sebelah Ain, aku duduk bawah dengan Shafirah. Paktam & Maktam ada, tapi Amirul tak ada lagi.
​
*Gambar lain raya tahun ni tengok kat bawah ye.

1996
21 Feb 1996 raya. Khadijah lahir bulan Jun, so masa ni dia dalam perut lagi.
​
Amirul dalam gambar ni nampak besar sikit dari gambar raya lepas tu. Raya lepas dia pakai baju kuning, Ain dukung.
*rujuk gambar dibawah.
​
Dalam gambar: Shafirah tudung putih, Shafirul hijau, aku coklat, Omar oren, Ain belakang Omar, Osman hijau gelap, Shuhada biru, Amirul merah.

1999
Ni konfem 1999 sebab tarikh ada tulis dalam gambar.
​
Raya 19 Jan 1999. Fatimah lahir Julai 1998, so masa ni dia dalam 6 bulan.

2001
Raya 17 Disember 2001. Gambar kat rumah Pokcu. Ni la yang aku bezakan dengan gambar tahun lepas.
​
Ada gambar lain waktu ni kat rumah TokYa. Wan Ami, Khadijah, Fatimah, Mama ada dalam gambar tu.
​
*Gambar lain raya tahun ni tengok kat bawah ye.

2005 / 2006
Gambar kat rumah TokYa yang dah renovate. Kena tanya paknjang dulu ni raya tahun bila sebab ada gambar Paknjang, Maknjang, Hasan dan (Naim yg baru lahir) pada Nov 2005. Mungkin raya Aidilfitri November 2005 atau Aidiladha Januari 2006.

2012
Raya 19 Ogos 2012. Gambar kat depan KM Chalet, tepi pantai Kuala Linggi, Melaka.
​
Biasanya satu Syawal kami solat raya kat Meru, lepas tu gi Kg Jawa atau Sungai Kandis. Lepas tu bertolak ke Kuala Linggi, Melaka. Gi rumah saudara area situ, petang check in chalet tepi pantai.
​
Tema tahun ni hijo..

2014
Raya 29 Julai 2014. Tema tahun ni warna ungu. Nanti aku teringat pasal raya ni aku tulis balik la.. Lupa.. Dalam gambar ada bendera & mafla Palestin dengan simbol tangan rab'ah Mesir. Tengah hot pasal isu tu la rasanya waktu ni..
​
​
​

2016
Raya 7 Julai 2016. Raya tahun ni istimewa sikit. Sebab dalam musim raya ni kami ke Pasir Puteh, Kelantan. Aku bertunang.. hehe
​
Tema tahun ni oyen..
​
​
​
​
​
​
​

2017 (Pasir Puteh)
Raya 26 Jun 2017. Satu Syawal di Pasir Puteh. 1st time beraya di luar Selangor rasanya. huhu
​
Beraya kat Pasir Puteh belah pak mertua & di Machang belah mak mertua.
​
​
​

2019
Raya 5 Jun 2019. Tahun kesedihan sebab arwah ayah dah berehat selamanya, pergi mengadap yang Maha Kuasa. Masa raya ni mak dalam iddah lagi. Tak boleh berjalan ke mana-mana. So kami decide 1 Syawal tahun ni beraya di Pasir Puteh.
​
Raya tahun depan mak dah habis tempoh iddah, so boleh bawa mak jalan-jalan insya'allah.. aminn
​
*Gambar diambil dalam bulan Ramadhan sebelum balik Pasir Puteh.

2021 (PKPB)
Raya 13 Mei 2021. Gambar ni diambil awal, pada 7 Sya'ban 1442H bersamaan 20 Mac 2021. Masa ni Osman bertunang.
​
Nak dekat Ramadhan atau waktu Syawal nanti, kalau ada gambar ramai-ramai macam ni kita update. Sebab tak pasti lagi beraya mana tahun ni. Kalau boleh rentas negeri, cadangnya 1 Syawal di Pasir Puteh.

2023
Raya tahun ni pon teruja jugak sebab tak pasti raya Jumaat (21 April) atau Sabtu (22 April). Sekali diumumkan raya Sabtu, ada la lagi masa untuk prepare apa patut.
​
Plannya, 2 Mei baru nak balik Pasir Puteh lepas selesai uruskan pendaftaran sekolah darjah 1 Nusaibah.

1995
3 Mac 1995 tarikh raya tahun ni. Umur Osman dalam 1 tahun lebih.
​
Ada gambar lain TokYa dengan cucu-cucu. Ada Ain baju kebaya, Shafirah baju putih, Shafirul baju ungu, Syuhada baju bintik putih.
Ada gambar lain lagi, Amirul baju kuning Ain dukung. Ucu Nor ada sekali. Gambar Amirul inilah yang bezakan raya 1995 & 1996.
​
Dalam Gambar: Papa,mama, aku, Omar, Osman.
​
*Gambar lain raya tahun ni tengok kat bawah ye.

1997 / 1998
Raya 9 Feb 1997. (Khadijah 8 bulan)
Raya 30 Jan 1998. (1 tahun setengah)
​
Aku rasa ni raya 1997 sebab gambar Khadijah macam baru 8 bulan.

2000 (raya 2 kali)
Raya 8 Jan 2000. Masa ni Fatimah 1 tahun setengah.
28 Dis 2000 pon raya. Fatimah 2 tahun setengah.
​
Tak sure raya mana satu. Tapi macam Dis 2000 sebab Fatimah macam dah 2 tahun lebih (baju pink).
Yang aku tahu raya lepas ni dinding belakang ni dah cat dan frame gambar tu Pokcu dah susun banyak lagi.

2001 / 2002 / 2003
Kalau tak silap aku ni kat ofis mak aku. Majlis raya kat ofis.. kot la. Tahun mungkin dalam 2001 / 2002 / 2003.
​
Kena cek balik laa atau cari gambar lain bandingkan.

2011
Raya tahun ni 31 Ogos 2011. Gambar kat rumah Wan Usu kat Sg Kembong Hilir. Dalam koleksi gambar tahun ni, ada gambar kat rumah Cik ina PakTam juga. Lepas beraya sekitar Bangi-Sepang ni terus ke Kuala Linggi, tidur semalam kat sana. Raya kedua baru berjalan area Melaka.

2013
Raya 8 Ogos 2013. Tahun ni tak ada tema warna baju raya. Semua main pakai je apa ada. Arwah ayah pakai baju legend dia. Hehe
​
Tak ingat raya tahun ni gi mana lagi. Nanti ingat aku tulis laa.
​
​
​
​

2015
Raya 18 Julai 2015. Kain merah ni aku beli masa gi Gontor, Ponorogo kat Jawa Timur Indonesia. Beli kain kat Kraton. Balik buat baju raya sedondon. Hehe
​
Ada satu gambar raya waktu ni kat tepi pantai Kuala Linggi, bergambar waktu sunset. Mana ntah gambar tu, nanti aku cari balik.

2017
Ni bergambar masa Ramadhan. Sebab satu Syawal tahun ni dah bincang raya Aidilfitri kat Pasir Puteh dulu.. huhu
​
Aidiladha tahun ni pulak kat Meru dulu. Tahun depan tukar pulak.. begitu laa plannya kalau tak ada apa-apa..
macam satu dialog dalam Madu Tiga.. "begitu la seterusnya bergilir-gilir sampai Abang Jamil mampos"
​

2018
Raya 15 Jun 2018. Tahun ni beraya di Klang pula laa.. lepas solat raya macam biasa laa, terus ke Kuala Linggi, Melaka. Arwah nenek pun ikut sekali.
​
Tahun ni special sebab mak ayah dapat cucu pertama, nenek dapat cicit pertama. Nusaibah Al-Haura Binti Abu Bakar.

2020 (PKPB)
Raya 24 Mei 2020. Tahun ni giliran beraya 1 Syawal di Meru Klang. Tapi masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan wabak COVID-19.
​
Beraya di rumah je la tahun ni. Tak boleh jalan-jalan lagi.

2022
Raya tahun ni yang best. Sepatutnya kalau ikut kalendar, raya pada 3 Mei 2022, tapi anak bulan nampak awal. So beraya la pada 2 Mei 2022.
​
Waktu Ramadan ambil gambar ramai-ramai sebab plan nak balik Pasir Puteh 2 hari sebelum raya.

2017
Raya 1 Syawal di Pasir Puteh. Nanti nak cari balik gambar berdua. haha

2019
Tahun ni raya di Pasir Puteh.

2021
Raya (PKPB). Rentas daerah pon tak boleh. Jadi, kita beraya dari rumah je la.. Raya secara dalam talian (online) dengan keluarga yang nun jauh di daerah lain. Huhu

2023
1 Syawal pakai jubah dulu sebab bertugas sebagai Khatib di Surau Nurul Falah. Balik surau, nak siap ziarah raya baru tukar baju raya.

2018
1 Syawal di Meru dan terus ke Kuala Linggi, Melaka. Gambar kena cari balik.. kikiki

2020
Raya PKP di Meru. Alhamdulillah boleh rentas daerah masa ni. gambar nak kena cari balik..

2022
Beli baju raya sedondon kat Nilai 3. Terlajak murah sebab betul-betul sehari dua nak raya baru beli dan beli di satu kedai yang sama, jenama baju pon sama. Tahun ni raya di Pasir Puteh. Gambar ni diambil sejurus selepas balik dari Nilai 3. Masing-masing cuba pakai, takut salah saiz. Haha




































































