
Masa ni tidur kat kebun semata-mata nak shoting video ni. Akhirnya hard discyang simpan segala raw file masa shooting hilang. Habis begitu saja. haha
Masa ni tidur kat kebun semata-mata nak shoting video ni. Akhirnya hard discyang simpan segala raw file masa shooting hilang. Habis begitu saja. haha

Semasa melakar kehidupan anda, jangan biarkan orang lain yang memegang pen

Memori Handphone
![]() |
---|
Henfon pertama. Panasonic GD55. Masa ni aku tingkatan dua/tiga sebab aku ingat aku bawa masa sebilik dengan senior2. Pernah bawa ke asrama dan kena amik masa spotcheck. haha
​
Kena simpan dalam bilik guru dan boleh amik masa cuti sekolah. masa nak amik balik waktu cuti sekolah, henfon ni hilang dalam simpanan cikgu. haha
​
Kecik handphone ni, dulu orang ingat mainan je. Sangkutkan dengan kunci, orang ingat keychain je.
![]() |
---|
Handphone kedua. Samsung D830. Ini pon aku pernah bawak ke asrama tapi tak pernah kantoi. haha
​
Ini pon senang nak sorokkan sebab jenis handphone dia nipis.
​
Tapi harini aku tau tu satu kesalahan. Moga tak diamalkan oleh junior dan orang lain. Aminn
![]() |
---|
Handphone MyIman D818. Masa ni mak/ayah aku pon guna juga, so aku pon guna la jugak. Ada apps Al-Quran khusus dalam ni.
​
Tak sure waktu ni beli guna duit kumpul sendiri atau guna duit 'FaMa'. Hehe
![]() |
---|
Aku tak sure handphone ni guna sebelum atau selepas guna MyIman tu. Motorola Razr v3i.
​
Rasanya dalam zaman SPM atau masa sekejap di Hidayah Ipoh sampai masa awal masuk KUIS guna handphone ni.
​
Nanti aku cek gambar2 lama. Kalo ada qarinah kewujudan guna handphone ni zaman bila, aku update balik kat sini.
![]() |
---|
Yang ni konfem guna masa kat KUIS. Sony Xperia Mini st15i ST15i. Handphone kedua aku guna ada touch screen kalau tak silap.
Sebelum guna yang ni, ada kejap guna satu handphone Samsung Galaxy s3, tapi yang ciplak punya, klon China kot. haha
![]() |
---|
Lepas handphone Xperia Mini dah kurang performance dia, ditambah dengan penggunaan handphone yang makin penting, aku tukar handphone Samsung Galaxy Nexus ni. Beli 2nd hand dari Ustaz Norzi tapi kondisi tiptop lagi.
​
Tak sure beli dalam tahun bila, tapi aku guna handphone ni sampai hujung tahun 2014.
![]() |
---|
Hujung tahun 2014 lepas habis trip kedua Mutawwif bawa jemaah umrah, balik umrah kena gi HQ Andalusia hantar laporan dan ambil elaun Mutawwif.
​
Masa ni handphone Samsung Galaxy Nexus dah uzur. Orang call nak jawab pon susah. Handphone jadi lambat dan touch screen dia ada masalah.
​
Dengan elaun dan rezeki sampingan yang dapat masa jadi Mutawwif, aku terus ke Lowyat dari HQ Andalusia tu.
​
Terus angkat Iphone 6 16gb gold colour ni. 2014 - 2020
​
6 tahun guna dan masih boleh guna lagi tanpa sebarang kerosakan (pernah tukar bateri & skrin je). Nak tukar sebab 16gb internal storage sangat tak mencukupi dengan segala bagai apps yang perlu di'install' zaman sekarang ni. Tak larat cucuk iDrive dan kena selalu transfer gambar & video ke komputer sebab masalah storage ni.
![]() |
---|
Alhamdulillah semua yang ada dalam iphone 6 dapat ditransfer sepenuhnya ke iphone 8. Segala conversation whatsapp, gambar-gambar, video-video, contact no, dll dipindahkan sepenuhnya. Memang terbaik dan lega sebab tak ada yang hilang. Handphone baru akan keluar gambar bulat biru macam kat sebelah ni (macam QR CODE) kemudian buka kamera di iphone lama dan scan pada bulatan biru tu. Terus dia transfer semua. Lepas tu tukar simkad dan guna handphone baru tanpa perlu buat/install apa-apa lagi.
​
Iphone 6 masih boleh digunakan lagi dan tak ada masalah langsung. Wife guna Iphone 6 tu sebab dia nak ada 2 phone. 1 untuk bisnes, 1 lagi untuk kegunaan peribadi.
![]() |
---|
10 Jun 2020. Hari pertama PKPP (pemulihan) lepas habis tempoh PKP dan PKPB (bersyarat) di Malaysia.
​
Hari ini juga mencatat sejarah bila aku angkat Iphone 8 256gb ni dari sorang brader ni. Dia tukar Iphone X. Dia datang ke rumah dan aku cek phone tu. Format dulu kemudian masukkan apple ID aku. Lepas tu cek skrin, speaker, charging port, battery health, fingerprint, kamera, wifi, mobile data, GPS, model number, imei, capasity dia 256 gb dan lain2 yang perlu.
​
Sampai ke saat ni Alhamdulillah handphone boleh digunakan dengan jayanya. Risau jugak masa nak beli sebab zaman sekarang banyak penipuan orang jual handphone ni.
​