top of page

Masa ni tidur kat kebun semata-mata nak shoting video ni. Akhirnya hard discyang simpan segala raw file masa shooting hilang. Habis begitu saja. haha
Masa ni tidur kat kebun semata-mata nak shoting video ni. Akhirnya hard discyang simpan segala raw file masa shooting hilang. Habis begitu saja. haha

Semasa melakar kehidupan anda, jangan biarkan orang lain yang memegang pen

TELOK GONG
Kalau buat novel pasal hidup aku, cerita Telok Gong ni boleh jadi satu bab sebab sebahagian besar hidup aku banyak ada kat sini.
Dari zaman sekolah, asal cuti sekolah habiskan masa kat sini. Masuk IPT, asal cuti sem habiskan masa kat sini. Fuhh banyak kenangan pahit manis suka duka berhujan berpanas bernyamuk bergelap kat sini. haha
🌲 🌳 🌴 🌱 🌿 ☘️ 🍀 🎍 🎋 🍃
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |
Antara kenangan sepanjang berada di kebun Telok Gong ni. Mujur dulu ada masa rajin gi buat video-video ni dan upload. Tapi banyak jugak moment yang best tak terakam dan banyak yang hilang bila hard disc rosak.
Masa upload video ni tahun 2013. So ni memori kat kebun sehingga tahun tu je la..
Shooting kat Telok Gong dalam tahun 2011. Kalau ikut masa ni aku baru habis SPM.
Sementara nak tunggu masuk mana-mana IPT.. duduk kebun ni laa habiskan masa.. 😁
Masa ni tidur kat kebun semata-mata nak shoting short-film ni, tajuknya "Pecah-belah". Akhirnya hard disc yang simpan segala raw file masa shooting hilang dengan kameranya sekali.
Kereta Naim kena pecah kalo tak silap. Impian terkubur begitu saja. Naim buat comeback dengan ejen Ali. 😂
Video menjelang Aidilfitri 1435H tahun 2014. Memang sempat bela ayam itik kat kebun tu.
Masa ni jugak la berapa banyak dah terkorban dalam perut biawak. haha 😆 🐤🐊
Video tahun 2014 jugak. Masa ni nak "cuba try test" guna drone ni kat kebun, tinggi mana dia boleh gi.
Drone jenis murah ni ringan, susah nak kawal kalau angin kuat, lagi-lagi bila dah tinggi.
Video 2015 masa air pasang. Orang sini panggil 'air pasang keling'. Air sungai naik mendadak sampai nak melimpah atas jalan.
Seronok waktu ni sebab air jadi jernih tak macam hari-hari biasa.
Video 2014 masa gotong-royong memasak di Telok Gong.
Beraya kat sini. haha
*dari fb Fatimah. Yg friend dengan dia je boleh tengok.
Video 2015 masa dari fb Omar.
Video 2010 masa dari fb Osman.
bottom of page